Friday 13 December 2019

Pelakon Eizlan Yusof selamat diijabkabulkan dengan Natasha Rosa Boudville

Pelakon Eizlan Yusof selamat diijabkabulkan dengan Natasha Rosa Boudville dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan di Putrajaya hari ini.

Pasangan berkenaan dinikahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan, Mohd Ajib Ismail, di depan kira-kira 100 tetamu termasuk keluarga dan kenalan terdekat mempelai.

Eizlan yang juga bapa kepada tiga anak itu mengakhiri zaman dudanya dengan wanita berketurunan Serani terbabit kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Wanita berkenaan adalah kakitangan pengurusan kanan hotel lima bintang di ibu negara.




Pengantin perempuan yang memeluk Islam pada Ogos tahun lalu itu menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan sebentuk cincin berlian serta wang hantaran RM12,121.90, diiringi lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Sebelum akad nikah dilakukan, Eizlan diarak menyeberangi tasik Marina Putrajaya menaiki bot diiringi pegawai tertinggi dan bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Menurut Eizlan, elemen dipersembahkan hari ini - yang dirahsiakan daripada pengetahuannya - memberi kejutan besar apabila semua urusan keseluruhan majlis disempurnakan sahabat terdekat.


“Saya sangat terharu dengan sokongan semua pihak, terutama rakan dan keluarga yang menjadikan majlis pada hari ini sangat meriah dan penuh bermakna buat kami berdua.

“Doakan perjalanan kehidupan kami sekeluarga sentiasa dilimpahi kasih sayang dan perkahwinan ini berkekalan hingga ke jannah,” katanya dipetik BH Online.

Majlis resepsi juga bakal diadakan Putrajaya jam 8.30 malam esok.

Eizlan dan pasangan akan diberi penghormatan melangsungkan perkahwinan mengikut istiadat penuh APM serta pancaragam bagpipe.

Empat acara diadakan sempena majlis perkahwinan itu dengan salah satunya malam berinai semalam dan bertemakan Bollywoon. Kos keseluruhan dianggar bernilai RM1 juta.

Selain malam berinai, pernikahan dan persandingan, pengantin bakal diraikan sekali lagi pada majlis penghargaan yang juga resepsi terakhir di lokasi sama pada 14 Dis ini.





No comments:

Post a Comment