Saturday, 28 December 2019

#Georgetown Samun 11 kedai serbaneka, dua lelaki ditahan

Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 11 kejadian samun kedai serbaneka sejak bulan lepas, dalam serbuan berasingan di Pulau Pinang, Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt V. Saravanan berkata seorang daripada mereka ditahan di Bayan Lepas pada pukul 1.20 petang, manakala seorang lagi pada pukul 4.45 petang di Seberang Perai Selatan, dan menurutnya kedua-dua mereka yang berumur sekitar 20-an ditahan susulan risikan dan intipan polis sejak seminggu lepas.


“Modus operandi mereka ialah melakukan jenayah itu pada waktu malam kerana orang tidak ramai,” katanya di sini semalam.



Katanya kedua-dua penganggur itu menggunakan pisau ketika menyamun bagi menakutkan pekerja di kedai serbaneka, sebelum melarikan wang tunai, rokok serta beberapa barangan yang terdapat dalam premis perniagaan berkenaan.


Saravanan berkata susulan penahanan dua lelaki itu, polis merampas sebuah motosikal dan pisau yang di gunakan mereka untuk melakukan samun dan dua suspek itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. ― Bernama

No comments:

Post a Comment