Friday 8 November 2019

#BayanLepas Pemandu bas rempuh pelajar di lampu isyarat positif dadah, tiada lesen


Polis mengesahkan pemandu bas persiaran yang melanggar seorang pelajar sehingga maut dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Jalan Dato Ismail Hasyim, Bayan Lepas, semalam positif dadah.

Lebih mengejutkan pemandu berusia 49  tahun itu juga tidak mempunyai lesen memandu bas yang sah.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan A. A. Anbalagan memaklumkan hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu bas positif dadah jenis methamphetamine.



Menurutnya, siasatan awal polis juga mendapati bas berkenaan mengalami masalah brek  menyebabkan pemandunya hilang kawalan.

Terdahulu, pemandu berkenaan ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan.



Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkmah Balik Pulau, Ahmad Tajudin Zain dibawah seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Manakala kes kemalangan disiasat dibawah Seksyen  44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian jam 6.30 petang Khamis, bas persiaran yang datang dari arah Persiaran Kelicap menuju ke Bayan Lepas dikatakan hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan dan merempuh sebuah lagi kereta dipandu seorang wanita bersama dua anaknya.

Bas itu kemudiannya merempuh sebuah motosikal yang diparkir di tepi jalan sebelum merempuh motosikal yang ditunggang Muhammad Saifullah Muhammad Hafiez, 16, yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Mangsa yang juga pelajar sekolah menengah itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta bersama dua anaknya yang mengalami cedera dikejarkan ke hospital

Awani

15 comments:

  1. Babi punya paria ank haram bangsat kimak

    ReplyDelete
  2. Kena kes nayaa arwah tersebut. Al-fatihah utk arwah☹️

    ReplyDelete
  3. Haram jadah punya paria pembunuh

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnaillahirojiun...

    ReplyDelete
  5. Saya pon ada situ time tu .jangan lepas .biar ja dia masuk lokap sampai bila² .mangsa tu kwan adik saya

    ReplyDelete
  6. Sedihnya keluarga pelajar sekolah tu kehilangan anak mereka. Semua orang mesti dalam trauma sebab dah ikut undang2 jalan raya tapi ada yang tidak bertanggungjawab datang merempuh. Sudah sampai masanya semua driver bus express atau bus persiaran WAJIB melalui saringan ujian air kencing. Tiada lagi kompromi sebab ini melibatkan nyawa manusia. Undang2 mesti dikuatkuasakan dengan serius sekali. Jangan sampai nasi menjadi berkali-kali. Harapan saya agar perkara malang ini tidak berulang lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hulur duit lebeh semua itu dipijam mata... Sedehnyaaa

      Delete
  7. mmg cilaka !! tgkla nt lepas la tu..gila punya org..takziah pada keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  8. Saksi eloklah buat report sekali. Sistem kenderaan berat tak sama dengan kereta

    ReplyDelete
  9. saman syarikat bas tu sama sebab guna pemandu yg tiada lesen..

    ReplyDelete
  10. saman syarikat bas tu sama sebab guna pemandu yg tiada lesen..

    ReplyDelete
  11. saman syarikat bas tu sama sebab guna pemandu yg tiada lesen..

    ReplyDelete