Wednesday 23 October 2019

Pakatan Harapan boleh tubuh kerajaan tanpa PPBM - Ronnie Liu


Pemimpin DAP, Ronnie Liu hari ini mengingatkan bahawa Pakatan Harapan (PH) tetap mampu menubuhkan kerajaan walaupun tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, Ronnie meminta Dr Mahathir supaya tidak sesekali membuat keputusan sendirian tanpa persetujuan kolektif PH.



Ronnie yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP menegaskan, DAP, PKR dan dibantu Amanah dan parti Warisan di Sabah sudah memadai untuk menubuhkan kerajaan.

“Bersatu ada 26 ahli parlimen sekarang, tetapi DAP, PKR, Amanah, Warisan and UPKO di Sabah mempunyai 113 kerusi di Parlimen, sudah cukup untuk menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah.

“Parti-parti ini boleh bersama menubuhkan kerajaan tanpa Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.





Ronnie berkata, PH sepatutnya mementingkan agenda pelbagai kaum, namun mendakwa Dr Mahathir terikut-ikut dengan cara Barisan Nasional (BN) yang mengutamakan gabungan berasaskan parti Melayu.

Malah, katanya, keadaan itu juga dapat dilihat apabila Dr Mahathir menerima masuk kepimpinan UMNO untuk menyertai Bersatu.

Ronnie juga menegur kepimpinan Dr Mahathir yang masih belum memansuhkan undang-undang zalim selain menarik keputusan kerajaan meratifikasi ICERD dan Statut Rome.



Beliau turut mempersoalkan keputusan Dr Mahathir yang membiarkan penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik untuk terus menetap di negara ini.

Pada masa sama Ronnie juga mempersoalkan keengganan Dr Mahathir menetapkan tarik peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia hanya memecahbelahkan PKR.

No comments:

Post a Comment