Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja memperkenankan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Tengku Maimun sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa mulai 2 Mei 2019.
Difahamkan beliau adalah wanita pertama dilantik sebagai Ketua Hakim Negara di Malaysia
No comments:
Post a Comment