Thursday, 28 March 2019

Imigresen Pulau Pinang benteras pelacur warga asing



George Town, 28 Mar - Tumbuhnya di kota-kota batu, mekarnya menjadi rebutan kumbang durjana. Bercambah merosakkan aktiviti sosial masyarakat.

Dalam memelihara keselamatan dan kedaulatan negara serta membenteras kegiatan tidak bermoral yang melibatkan warga asing, Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang telah membuat serbuan  di dua buah hotel yang terletak di bandaraya ini.


Hotel yang berkenaan disyaki menjadi pusat aktiviti persundalan oleh warga asing.Operasi yang turut disertai oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato' Indera Khairul Dzaimee Bin Daud telah berjaya menangkap 19 orang wanita yang terdiri daripada 14 Thailand, 4 Vietnam dan 1 Laos.




Menurutnya Jabatan Imigresen akan mengkaji cadangan untuk mengguna pakai kaedah baharu ke atas pelancong yang kerap memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Ia bagi mengekang kegiatan pelacuran membabitkan pelancong asing yang sering menyalahgunakan pas lawatan sosial ketika masuk ke negara ini.

“Kita akan kaji kaedah sesuai untuk melihat kemungkinan mereka (pelancong) yang kerap masuk (ke Malaysia) menggunakan pas lawatan sosial supaya perlu menjalani sesi soal siasat lebih lanjut di pintu masuk negara.

Bagaimanapun, ia perlu dikaji terlebih dulu supaya tiada pelancong teraniaya, khususnya yang kerap masuk ke negara ini untuk urusan perniagaan.

"Setakat ini, cadangan berkenaan masih pada peringkat perbincangan di jabatan, selain akan memerlukan pertimbangan dan kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) jika ia mahu dijadikan dasar baharu,” katanya pada sidang media di sini, tengah malam tadi.

Mengulas mengenai tangkapan beliau berkata, "Mereka disyaki menjalankan kegiatan pelacuran selain menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial dan disyaki melanggar Peraturan 11(7) Peraturan- Peraturan Imigresen 1963 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman di bawah Peraturan 39(b) Peraturan yang sama."

























No comments:

Post a Comment