Sunday 3 February 2019

TV AlHijrah Diambang Kemuflisan, Jual atau Tutup Sahaja

Laporan sebuah portal minggu lalu mengenai kemungkinan TV AlHijrah bakal ditutup bukanlah sesuatu yang berbentuk spekulasi semata-mata. Kewangan TV AlHijrah sememangnya tenat selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan dan pengurusan stesen TV tersebut.


Kemasukan pengurus dengan gaji tinggi, jumlah kakitangan yang terlalu ramai dan tiadanya sumber iklan mencukupi menjadi punca stesen ini berada di ambang kemuflisan. Jumlah kakitangan sahaja mencecah 350 orang agak terlalu besar bagi sebuah TV yang pada asal penubuhanya bertujuan menyebarkan kerja-kerja dakwah Islam.

Sepanjang penubuhan TV AlHijrah hanya pada 2016 dan 2017 ia mencatatkan peningkatan perolehan iklan yang mampu menyumbang kepada pembiayaan pengurusan stesen tersebut. Ketika itu AlHijrah dibawah pengurusan Dato Izelan Basar dan mencatatkan kenaikan iklan sehingga 300%. Bagaimanapun pertukaran kerajaan menyebabkan Izelan disingkirkan.

Sejak Mei 2018 sehingga sekarang, walaupun di sebalik pelbagai perubahan kandungan termasuk menyuntik budaya popular yang bertentangan dengan tujuan dakwah Islam, AlHijrah tetap gagal menarik pengiklan.



Pada tahun hadapan jaminan kerajaan ke atas TV AlHijrah bakal berakhir. Siapakah yang akan menanggung kerugian dan hutang yang beratus juta itu? Apakah wang Jakim akan digunakan untuk melunaskan hutang?

Selepas PRU14 AlHijrah hanya menjadi pentas soldadu politik Parti Amanah Negara (PAN) mendapat elaun dan kedudukan. Ini termasuklah pelantikan Pengerusi AlHijrah dari media karangkraf yang diketahui rapat dengan PAN.

CEO AlHijrah juga merupakan soldadu politik PAN sebelum pilihan raya. Beliau tiada pengalaman dalam pengurusan stesen TV walaupun berpengalaman dalam penerbitan rancangan. Malah beliau juga tiada pengalaman dalam penerbitan rancangan-rancangan dakwah Islam.

Akibatnya AlHijrah bukan sahaja hilang sokongan kewangan pengiklan tetapi juga hilang kompas moral yang sepatutnya menjadi pedoman sejak penubuhannya.

Sudah tiba masanya Jakim menutup atau menjual sahaja stesen tv ini sebelum ia mengahbiskan duit rakyat dan pembayar zakat.

Jakim sudah ada stesen TV online TV Jakim yang peranan hampir sama dengan alHijrah.

Wang peruntukan kepada AlHijrah dari Jakim boleh sahaja digunakan untuk penerbitan drama-drama dakwah dan ditaja penyiaranan di stesen Tv popular seperti RTM, Tv3, dan Astro Oasis. Ini akan mendapat lebih ramai penonton dan mengurangkan kos pengurusan.

Jangan tunggu sehingga nasi jadi bubur sebelum bertindak.

Mykmu

No comments:

Post a Comment