Sunday 27 January 2019

“PAS dah mula nampak parti kebulur nak kuasa, rakyat pun nak termuntah” – Mahfuz




Bekas anggota parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar menyelar parti Islam itu kerana menggesa penubuhan kerajaan perpaduan di Kedah, walaupun sebelum ini menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) itu mengulas usaha PAS mencalonkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dari parti berkenaan, berikutan PH mendapat jumlah kerusi DUN yang sama dengan gabungan kerusi PAS dan Umno.


PAS sebelum ini menyerahkan nama bagi jawatan speaker dan timbalan speaker minggu lepas, menurut organ parti itu, Harakah Daily.

“Tak salah nak calonkan speaker dari PAS tapi janganlah berlindung di sebalik slogan kerajaan perpaduan tanpa pembangkang.

“Rakyat nak termuntah mendengar slogan tersebut.

Mahfuz menyindir perpaduan yang dianjurkan Islam yang dibawa PAS hari ini merupakan perpaduan ‘untuk tempatkan PAS dalam politik kuasa’.

“Tapi bila PAS berkuasa penuh seperti di Kelantan dan Terengganu tak berbunyi pula tawaran bina kerajaan perpaduan kepada pembangkang di sana.

“Tak tahulah pula ada ajaran Islam yang PAS diutama dan didahulukan.“Rakyat boleh melihat betapa ‘kebuloqnya’ PAS untuk berkuasa,” kata beliau.

“Agaknya masa tu PAS berpegang pada pendapat mazhab baru perpaduan dan kebuloq kuasa berpisah tiada,” kata Mahfuz.

Johor Daily

No comments:

Post a Comment