Thursday, 24 January 2019

Matematik Permainan Congkak Jadi Kajian Saintis Jepun


Siapa kata permainan tradisional kita tiada nilai kajian akademik dan saintifik?
Sebuah kajian mengenai congkak telah dilakukan oleh sepasukan saintis Jepun daripada Japan Institute of Science and Technology .

Image result for congkak
Congkak, permainan tradisional warisan kita.
Kajian yang diketuai oleh Professor Hiroyuki Iida itu bertajuk ‘Game Information Dynamics and Its Application to Congkak and Othello‘ , di mana ia menganalisis model dinamika ketidakpastian keputusan permainan Congkak, dibandingkan dengan permainan terkenal antarabangsa, Othello.
Kertas kajian mengenai matematik congkak.

Bagaimana Orang Jepun Boleh Mengenal Congkak?

Congkak diperkenalkan ke Negara Jepun baru – baru ini sahaja, dan untuk pertama kali.
Kertas kajian tersebut mengatakan bahawa permainan itu adalah permainan tempatan Asia Tenggara yang cukup unik, dan sangat berkemungkinan ia akan tersebar luas.
Permainan yang dianggap berasal daripada perkataan ‘congak’, atau kiraan tersebut berkemungkinan sampai kepada pengetahuan mereka menerusi usaha Kementerian Pelancongan Malaysia yang menganjurkan pertandingan congkak di serata dunia.
Antara lain, pertandingan congkak dipromosikan di Eropah seperti di European Games di Cardiff.
Boleh jadi, congkak dikenali di Jepun lantaran promosi oleh pelajar – pelajar Malaysia di sana.

Mengira Tahap ‘Keseronokan’ Menggunakan Matematik

Dengan menggunakan konsep fizik mekanika bendalir dan matematik, pasukan pengkaji tersebut menganalisa tahap ‘keseronokan’ permainan congkak dan Othello.
Image result for othello game
Permainan Othello.
Persamaan yang digunakan adalah seperti berikut:
Di mana η adalah panjang masa terkini tidak berdimensi permainan, sedang q pula adalah parameter nombor nyata positif. ξ adalah ketidakpastian keputusan permainan.
Menurut persamaan ini, dijangka semakin tinggi nilai q, semakin besar perbezaan kekuatan kedua – dua pasukan, begitulah sebaliknya.
Inilah graf ‘kelebihan tidak berdimensi dan ketidakpastian keputusan permainan’ yang diperoleh untuk permainan congkak.

‘kelebihan tidak berdimensi α(η) dan ketidakpastian keputusan permainan ξ vs panjang masa permainan η untuk permainan congkak
Ini pula perbandingan dengan graf Othello.

kelebihan tidak berdimensi α(η) dan ketidakpastian keputusan permainan ξ vs panjang masa permainan η untuk permainan Othello.
Ini pula perbandingan dengan Permainan Piala Dunia Fifa 2010 untuk penentuan tempat ketiga antara German melawan Uruguay.
Ketidakpastian ξu keputusan perlawanan vs panjang masa permainan tidak berdimensi untuk Piala Dunia FIFA 2010, tempat ketiga.
Keputusannya, ketidakpastian congkak dianggarkan menerusi model lengkungan:
Manakala untuk Othello:
Kesimpulannya, Othello dianggap sebagai suatu permainan yang lebih ‘stabil’ tetapi ‘berat sebelah’, sedangkan congkak didapati suatu permainan unik yang lebih bersifat ‘jongkang – jongket’.
Apapun, kertas kajian ini bagaimanapun membuat pencerahan bahawa hakikatnya, keputusan ini tidak objektif kerana ‘keseronokan’ itu bergantung kepada perasaan individu

No comments:

Post a Comment