KUALA LUMPUR – Selepas lebih seminggu isu pemberian peruntukan khas kerajaan Pakatan Harapan kepada kolej universiti swasta, hari ini timbul pula isu mengurangkan kadar makanan sehari di sekolah berasrama penuh (SBP).
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pengurangan tersebut adalah daripada RM18 kepada RM14.50 sehari.
“Baru dapat tahu Kerajaan PH telah mengurangkan kadar makanan sehari di SBP daripada RM 18 kepada RM14.50.
“Kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu tak terlintas nak buat perkara ini ,” katanya menerusi hantaran di akaun Twitter miliknya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment