Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Asrol Sani Abd Razak umum keluar parti bersama lebih 100 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Bagan, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Kepala Batas dan Tasik Gelugor.
Beliau mengambil keputusan itu selepas mendapati kepimpinan PKR negeri menjadi kuda tunggangan parti lain di dalam Pakatan Harapan sehingga menyingkirkan keputusan akar umbi parti. Beliau marah kepada Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman yang terlalu mengikut jari telunjuk parti lain terutama DAP.
"Kami di akar umbi terutamanya golongan belia sememangnya kecewa dengan pimpinan negeri yang ternyata sudah lari dengan perjuangan sebenar pengasas sebelum ini,Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Asrol berkata, dia tidak mendapat bayaran atau imbuhan daripada sesiapa untuk mengambil keputusan ini, dan sekiranya ada pihak membuat dakwaan itu, mereka diminta membuktikannya.
Katanya, kami tidak akan menyatakan sokongan kepada mana-mana parti sejurus daripada tindakan ini dan hanya mahu ahli serta orang ramai tahu apa yang berlaku di dalam PKR.
"Ahli di peringkat akar umbi dianggap lebih daripada anak tiri dan mereka 'pimpinan' terlalu takut demgan parti lain di dalam pakatan.
"PKR parti yang kuat dan di Pulau Pinang, kita merupakan kerajaan bersama dan bukan pengikut," katanya pada Sidang Media di Teluk Air Tawar di sini, tadi.
Asrol berkata, sebagai contoh bagaimana kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Bertam diberikan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedangkan ia memamg kerusi untuk PKR.
Menurutnya, masih ramai lagi ahli PKR yang kecewa dengan parti dan akan mengambil tindakan keluar parti sama seperti mereka.
Asrol adalah Ketua AMK sejak 2013 sehingga kini menggantikan Dr Afif Bahardin yang juga calon PKR bagi (DUN) Seberang Jaya.
No comments:
Post a Comment