Tuesday, 5 December 2017

Zaid Ibrahim Biadap Pertikai Titah Sultan Selangor



1) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah bertitah tentang kegusaran baginda terhadap golongan yang membangkitkan isu sensitif bagi kepentingan peribadi dan demi menarik undi.

2) Baginda juga turut bertitah bahawa Tun Dr Mahathir mempunyai “rasa rendah diri yang kompleks dan kebencian mendalam” yang boleh "membakar seluruh negara".

3) Namun begitu, titah Tuanku Sultan Selangor ini telah mengundang rasa kurang senang pemimpin pembangkang seperti Zaid Ibrahim yang menyatakan Sultan Selangor harus berhati-hati dalam mengeluarkan titah dan tidak cuba bermain dengan politik kepartian.

4) Raja-raja Melayu merupakan tiang utama negara ini. Setiap titah ucapan Raja-raja Melayu sudah tentu dibuat setelah dibuat pertimbangan dari setiap sudut. Adalah tugas baginda bagi memastikan kedudukan negara berada dalam keadaan yang terbaik.

5) Titah Sultan Selangor juga bukanlah menunjukkan baginda cuba bermain politik tetapi ia adalah suatu bentuk peringatan baginda yang sentiasa sayangkan negara Malaysia ini.

6) Tindakan Zaid Ibrahim mempertikai titah baginda adalah jelas cuba menafikan peranan Raja-raja Melayu dan secara nyata menunjukkan sikap angkuh dan biadap beliau.

7) Titah Sultan Selangor harus dilihat dari sudut yang positif, tentang betapa sayangnya baginda kepada rakyat dan negara Malaysia. Tetapi, seperti kebiasaannya, pembangkang yang tidak pernah berhenti bermain politik telah sekali lagi menunjukkan sikap kurang ajar mereka.

8) Sudahlah titah Sultan Selangor bulan lalu berkenaan kenyataan rasis Tun Dr Mahathir tentang bangsa Bugis tidak mahu dibincangkan di Dewan Negeri, kini mereka mempertikaikan pula titah Sultan Selangor.

9) Setiap rakyat Malaysia terutamanya rakyat Selangor harus menilai tindak tanduk biadap pembangkang ini dan seharusnya bersatu mempertahankan titah Sultan Selangor ini.

Budiman Mohd Zohdi
Ahli Parlimen Sungai Besar / ADUN Sungai Panjang, 5 Disember 2017, 8 malam.

No comments:

Post a Comment