Ini yang dikata susah senang bersama… Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis kini adalah ‘ masjid angkat ‘ kepada Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur.
Langkah ini adalah sebagai tanda solidariti ekoran isu Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.
Pengumuman ini dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam Forum Antarabangsa MyAqsa bertajuk 100 Tahun Musibah Balfour yang dianjurkan di Masjid Wilayah Persekutuan.
Jamil Khir kata keputusan menjadikan Masjid Wilayah Persekutuan sebagai ‘masjid angkat’ kepada Masjid Al-Aqsa juga dipersetujui dan amat dihargai oleh pihak masjid berkenaan menerusi sepucuk surat yang diutuskan kepada MyAqsa.
No comments:
Post a Comment