Tuesday, 5 December 2017

Sultan Selangor Tegur Mahathir


SHAH ALAM: Sultan Sharafuddin Idris Shah berdiam diri dan hanya membidas Tun Dr Mahathir Mohamad tiga minggu selepas bekas Perdana Menteri itu dianggap menghina masyarakat Bugis.
“Saya sedang dalam perjalanan untuk mengerjakan umrah apabila saya mengetahui tentang kenyataan itu.

“Saya tidak mahu bertindak secara membuta tuli. Saya menunggu sehingga saya kembali dan bercakap dengan beberapa orang yang berada di situ dan tahu apa sebenarnya yang berlaku. Saya hanya bersuara selepas itu,” kata Baginda.

Tindakan Tuanku menegur Dr Mahathir kerana merujuk kepada komuniti Bugis sebagai lanun selepas itu merancakkan keadaan.

Majlis Diraja Selangor, dalam satu kenyataan, juga menggesa Dr Mahathir disiasat di bawah Akta Hasutan kerana cuba menghasut kebencian, menghina dan merendah-rendahkan komuniti Bugis.
Majlis itu berkata fakta sejarah membuktikan bahawa Kesultanan Selangor berasal dari Bugis, yang merupakan pahlawan yang mempertahankan Islam dan kedamaian di seluruh kepulauan Melayu.
Seorang lagi Sultan berketurunan Bugis, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sebelum ini dilaporkan telah menyatakan rasa tidak senang terhadap kenyataan Dr Mahathir.

Beliau berkata kenyataan seperti itu yang dibuat oleh ahli politik boleh menanam benih kebencian di kalangan rakyat.
Sultan Sharafuddin berkata semalam bahawa kontroversi itu tidak sepatutnya berlaku.
“Mereka yang menyokongnya mengatakan saya dipengaruhi oleh orang-orang yang anti-Mahathir.
“Itu tidak benar. Kita mesti mempunyai bukti. Beliau memerintah selama 22 tahun. Beliau sepatutnya bertindak lebih bijak,” kata Tuanku.
Ditanya sama ada Dr Mahathir ada meminta maaf kepada Baginda, Tuanku menjawab: “Beliau tidak pernah meminta maaf.”
Tuanku berkata Dr Mahathir bukanlah jenis pemimpin yang akan membenarkan orang lain membaiki prestasi mereka.

“Beliau mempunyai “inferiority complex” dan kebencian yang mendalam di dalamnya. Beliau dipenuhi rasa marah dan kemarahannya akan membakar seluruh negara,” kata Sultan Sharafuddin.
Ditanya sama ada kerabat-kerabat di Raja akan membalas dendam atas tindakan Dr Mahathir untuk menyekat kuasa Sultan pada tahun 1980-an, beliau berkata: “Tidak, kami tidak percaya dalam tindakan membalas dendam. Allah Maha Besar. Allah akan tunjukkan kepada rakyat.
“Pada masa itu bapa saya memberitahu saya, hari ini adalah harinya, esok akan menjadi hari kita.”
Baginda teringat kembali Dr Mahathir mendakwa terlalu banyak wang yang dibelanjakan untuk mengekalkan monarki.

Tetapi, Tuanku bertanya: “Bagaimana dengan kerugian forex? Itu lebih banyak lagi.”
Pada hari Khamis, hasil Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas kerugian Bank Negara Malaysia akibat pertukaran mata wang asing (forex) pada 1990-an telah dibentangkan di Parlimen.

Forex, antara 1992 dan 1994, telah mengakibatkan kerugian berjumlah RM31.5 bilion.
Sultan Sharafuddin berkata Dr Mahathir memerintah selama 22 tahun tetapi beliau tidak melakukannya sendirian kerana beliau disokong oleh parti-parti yang berdiri teguh di belakangnya.
“Bagi Dr Mahathir yang mahu memusnahkan asas yang menyokongnya, itu menjadikannya seorang yang sangat berbahaya,” kata Sultan.

– The Star

No comments:

Post a Comment