Penasihat DAP, Lim Kit Siang didakwa
pernah menyatakan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang
memerintah.
Hasrat
Kit Siang itu didedah sendiri oleh ahli DAP kepada Pengerusi Perhubungan UMNO
Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman di sebuah kedai kopi di Pulau
Pinang, tiga minggu lalu.
Tanpa
menamakan ahli DAP itu, Zainal Abidin berkata hasrat bapa Ketua Menteri Pulau
Pinang Lim Guan Eng itu boleh dicapai melalui undian daripada gabungan PKR, PAN
dan PPBM.
“Saya
terjumpa mereka di kedai kopi tiga minggu lalu. Mereka bagitahu, Kit Siang
menyimpan keinginan untuk jadi de facto PM, itu bukan kata saya tapi penyokong
DAP, kalau nak saman saman dia.
“Dia
(ahli DAP itu) kata, kalau PH boleh memerintah negara dengan sokongan ahli DAP
dan orang Cina mirip DAP (penyokong PPBM, PAN dan PKR), dia (Kit Siang) akan
jadi PM.
“Minta
simpanglah (dijauhkan),” ujarnya.
Zainal
Abidin berkata demikian ketika ditemui di laman media Perhimpunan Agung UMNO di
PWTC, Jumaat.
Menurutnya
lagi, matlamat Kit Siang bukan perkara mustahil kerana DAP boleh menuntut
daripada gabungan PH yang hanya mempunyai sokongan 30 peratus daripada orang
Melayu manakala selebihnya adalah undi Cina.
“Dia
ada hak dan merit untuk demand kerusi
paling unggul iaitu kerusi PM kerana penyokong Cina meletakkan kemenangan
kepada DAP, meskipun PKR, PAN dan PPBM banyak kerusi tetapi undi Melayu yang
mereka perlukan hanyalah 30 peratus sahaja,” ujarnya lagi.
Untuk
rekod, pembangkang ketika ini masih berbalah siapa bakal dilantik Perdana
Menteri sekiranya memerintah negara walauupun ada cadangan melantik Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Mengulas
mengenai tindakan 100 ahli DAP Pulau Pinang bertindak keluar parti
semalam dan sebahagian daripada mereka memotong kad keahlian di hadapan media,
beliau percaya mereka mulai merasakan yang perjuangan parti itu hanyalah
sia-sia sahaja.
“Di
Pulau Pinang sejak dulu lagi dan selepas DAP memerintah, nak cari seorang
keluar parti pun susah. Tetapi ini 100 orang keluar parti.
“Tentu
mereka fikir perjuangan mereka jadi sia-sia setelah DAP memerintah sembilan
tahun, kebaikan yang mereka harapkan jadi kemudaratan. Saya tidak terkejut
kerana DAP yang pegang tampuk kuasa,berbuat mengikut kehendak parti itu
sahaja,”ujarnya.
No comments:
Post a Comment