Ibu bersama isteri dan 2 anak Ketua Pemuda MCA Bahagian Tanjung, Lim Swee Bok terkorban dalam kebakaran 6 pagi itu.
Mangsa korban dikenal pasti sebagai Lau Sai Poh, 62; Chen Yen, 35; Yin Chun, 9; dan Jia Yiin, 8.
Bapa Swee Bok baru meninggal dunia minggu lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata, kebakaran itu berjaya dikawal dalam tempoh kira-kira 30 minit dan tidak merebak ke rumah bersebelahan.
Pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, 60% rumah itu musnah dan kebakaran berpunca dari tingkat bawah.
Jurucakap bomba berkata, 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak ditemui di tingkat bawah, sementara seorang lagi kanak-kanak ditemui di tingkat atas rumah teres itu.
Enam jentera bomba dan 20 anggota berjaya memadamkan api pada 7.10 pagi.
Seorang blogger bernama Lim Sian See berkata, Swee Bok tidak mementingkan diri dan turut serta dalam misi bantuan banjir 2 minggu lepas.
Katanya, Swee Bok yang merupakan pekerja kilang sedang bekerja syif tengah malam ketika kebakaran berlaku.
“Selepas pengebumian bapanya, beliau masih membantu misi kemanusiaan dan mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir.
“Beliau ialah wira biasa yang berdepan tragedi dan cabaran besar yang mengubah hidupnya,” tulisnya dalam Facebooknya.
No comments:
Post a Comment