17 NOV: Meskipun pelaksanaan
pembangunan adalah kuasa kerajaan negeri, namun kerajaan Persekutuan mempunyai
hak untuk campur tangan sekiranya ia menjejaskan alam sekitar.
Berikutan
itu, Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata pihaknya akan memohon
kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk meningkatkan pemantauan terhadap
perkembangan itu demi keselamatan rakyat serta menjaga kelestarian alam.
“Sebagai
contoh, bilangan projek pembangunan di sekitar Tanjung Bungah meningkat
beberapa kali ganda sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Sekiranya
pertumbuhan projek-projek tidak terkawal ini dibiar berterusan, perkara ini
pasti bakal mengundang bencana yang memudaratkan,” katanya dalam satu kenyataan
hari ini.
Siew
Keong dalam masa yang sama turut memaklumkan bahawa dana berjumlah RM628 ,000
sudah dikumpulkan bagi membantu mangsa-mangsa kejadian banjir Pulau
Mutiara.
Beliau
yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi turut menegaskan bahawa
tumpuan pada ketika ini adalah untuk membantu mangsa-mangsa banjir membangunkan
semula kediaman dan persekitaran mereka.
“Kami
akan terus menghulurkan bantuan dan perkhidmatan untuk membantu meringankan
bebanan mangsa-mangsa banjir, terutamanya rumah-rumah warga tua yang menghadapi
kerosakan amat serius,” tegas Ahli Parlimen Teluk Intan itu.
No comments:
Post a Comment