Asogan berkata, dakwaan berkenaan merupakan perkara serius kerana berkaitan dengan integriti kedua-dua pemimpin pembangkang berkenaan selain latar belakang Kit Siang selama ini yang kononnya tidak pernah terpalit dengan isu rasuah.
Ujar beliau, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah perlu mengambil tindakan untuk membersihkan namanya termasuk menyaman pengendali blog berkenaan sekiranya dakwaan tersebut disifatkan fitnah.
“Selain itu, Kit Siang juga harus menjelaskan perkara ini kepada ahli-ahli DAP dan rakyat dan dalam masa sama, polis perlu menyiasat dakwaan ini segera,” katanya selepas membuat laporan polis di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE