BUKIT BENDERA, 13 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang
hari ini membuat laporan polis berkaitan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang,
Lim Guan Eng bahawa penahanan exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh sebagai
‘haram’ menjurus kepada fitnah.
Guan
Eng mengeluarkan kenyataan tersebut ketika menjawab soalan wartawan pada 24
Ogos lalu berhubung isu kilang haram di Sungai Lembu.
Ketua
pergerakan tersebut Rafizal Abd Rahim berkata, laporan polis ini dibuat bagi
tujuan mendesak pihak polis menjalankan siasatan ke atas Guan Eng di bawah Akta
Hasutan kerana telah mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah dan menghasut.
“Selain
itu kenyataan tersebut juga jelas mahu mencemarkan imej dan kredibiliti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kita
sedia maklum SPRM adalah sebuah badan tunggal dan bebas… agensi ini tidak
berhubung kait dengan sebarang parti politik dan tidak memilih bulu.
“Oleh
itu, kami berharap agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan seterusnya
mengambil tindakan dengan segera,” ujarnya
SPRM
pada 25 Ogos lalu telah meminta Guan Eng yang juga Setiausaha Dap belum
disahkan jawatannya itu memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada
suruhanjaya itu dalam masa 48 jam tetapi beliau gagal berbuat demikian.
SPRM
dalam kenyataannya juga memberitahu akan mengambil tindakan ke atas Guan Eng
kerana enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan fitnah dengan
menyifatkan penahanan Boon Poh sebagai ‘penahanan haram’.
Tambah
Rafizal, keengganan Guan Eng untuk memohon maaf juga jelas menunjukkan sikap
biadap dan angkuh seolah-olah dirinya tidak takut dengan sebarang tindakan
undang-undang. – MediaUMNO

No comments:
Post a Comment