Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahaya menyifatkan
kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Dap umpama kerajaan badut yang sentiasa
menimbulkan kelucuan seperti tersalah kira, tersalah jumlah projek, beli rumah
tiada kolam renang dan terbaru tidak sedar menerima anugerah palsu.
Jelas
beliau, ini jelas dapat dilihat apabila akhirnya kerajaan negeri terpaksa
mengakui bahawa anugerah yang diterima daripada Europe Business Assembly (EBA)
adalah tidak diiktiraf dan ianya berbayar.
“Setelah
diasak akhirnya mereka mengakui terpaksa membayar untuk mendapat anugerah
tersebut.
“Kini,
saya mencadangkan agar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersifat
‘gentleman’ dengan menjelaskan kekeliruan yang berlaku.
“Jika
sebelum ini dia begitu agresif di Parlimen meminta kerajaan menjawab segala
persoalan dan apabila tidak berpuas hati meminta ditubuhkan suruhanjaya
siasatan, jadi dalam hal ini jika ‘gentleman’, jelaskan secara sukarela
bagaimana mereka boleh melakukan kesilapan sebegini,” ujarnya
Tambah
Shabudin, sebenarnya kekeliruan fakta ini bukanlah sesuatu yang asing dengan
Dap kerana Dap sememangnya sinonim dengan manipulasi fakta seperti fakta
pembinaan terowong, fakta salah kira undi CEC dan macam-macam lagi.
“Maka,
jika kali ini mereka memberi alasan tidak sedar bahawa anugerah ini palsu maka
ia adalah perkara biasa bagi melepaskan tengkuk sendiri.
“Mana
mungkin mereka tidak tahu ianya palsu kerana anugerah ini perlu dibayar malah
kerajaan negeri mempunyai keupayaan untuk menyiasat sebelum membuat pembayaran.
“Atau
mungkin kerana terdesak dan mahu orang melihat mereka adalah yang terbaik maka
mereka sanggup membuat pembohongan membeli anugerah tersebut agar dapat pujian
daripada rakyat. Mereka tidak sangka bangkai gajah yang ditutup akan terhidu
juga akhirnya,” bidasnya lagi.
Justeru
beliau mendesak Guan Eng untuk menjawab sekiranya benar mereka tidak sedar
anugerah ini palsu, apakah kriteria yang digunapakai oleh EBA sehingga Majlis
Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP)
diiktiraf yang terbaik dan bilakah kajian tersebut dilakukan.
Jika
kerajaan negeri tidak mampu menjawab maka terbuktilah bahawa Guan Eng memang
langsung tiada kredibliti dalam mengurus nama baik negeri Pulau Pinang.
Baru-baru
ini media mendedahkan anugerah EBA yang diterima MBPP dan MPSP
pada 2013 dan 2014 adalah anugerah yang ‘boleh dibeli dengan wang.’
Datuk Bandar
MBPP Datuk Maimunah Mohd Sharif dalam kenyataannya Sabtu berkata,
pihaknya tidak menyedari EBA adalah sebuah badan
antarabangsa yang mengaut
keuntungan dengan menjual anugerah dan sijil palsu berikutan
tidak melihat sebarang perkara mencurigakan ketika menerima
pengiktirafan.
Maimunah berkata,
pada 2013 MPPP dicalonkan untuk menerima anugerah ‘The Best
Cities’ dan ‘The Best Municipal Manager’ daripada EBA dengan
membayar yuran penyertaan sebanyak RM20,680. Sementara
pada 2014, MPSP dicalonkan dalam ‘Best City’ dan
‘Best City Manager’ dengan yuran
penyertaan sebanyak RM18,408.10.
No comments:
Post a Comment