Thursday 3 August 2017

Bekas Ahli Majlis MBPP kemuka saman sebab dipecat


Bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP), Noor Syazwani Md. Amin yang dipecat pada April lalu menfailkan saman terhadap bekas majikannya dan tiga yang lain di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi menuntut ganti rugi susulan pemecatan berkenaan.

Peguamnya, Datuk Dr. Aswandi Mohamed Hashim berkata, Noor Syawani, 30, mengemukakan enam tuntutan terhadap MBPP; Datuk Bandar MBPP; Setiausaha Bandaraya MBPP dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Beliau memberitahu, dalam writ saman berkenaan, Noor Syazwani turut menuntut supaya kesemua defendan membayar baki elaun bulan yang berhak diterimanya sebanyak RM32,000.

“Selain itu, tuntutan berkenaan meminta supaya defendan-defendan membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM50,000 akibat kepayahan yang dialami anak guam saya selepas lantikannya selaku Ahli Majlis MBPP dibatalkan tanpa sebab pada 19 April lepas,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment