Sunday 16 July 2017

Sonny Bill Williams Menutup Logo Bank Pada Jersinya, Alasannya Mengejutkan

Beza jersi yang dipakai oleh Williams dengan rakan pasukannya (Foto: Getty Images)

Atlet ragbi Muslim yang terkenal yang berasal dari New Zealand, Sonny Bill Williams, pernah menjadi pembicaraan hangat media antarabangsa April lalu susulan keputusannya menutup logo bank yang menjadi penaja pasukannya.

Tindakan pemain berusia 31 tahun itu berikutan kepercayaan Islam yang diamalkan olehnya, bahawa membayar atau menerima faedah atas pinjaman merupakan riba yang merupakan satu dosa yang besar di sisi Islam.

Jurucakap Persatuan Ragbi New Zealand berkata bahawa Williams tidak akan dikenakan denda dan itu merupakan urusan The Blues sebagai kelab yang menaungi Williams.

Beliau berkata mana-mana pemain berhak mengambil tindakan sedemikian terhadap mempromosikan institusi kewangan, produk beralkohol, rokok atau syarikat perjudian.

Seorang jurucakap Bank New Zealand (BNZ) juga mengatakan bahawa pihak mereka tidak mempunyai masalah dengan tindakan Williams.





"Beliau berhak mempunyai kepercayaan agama dan kebiasaan di sekitarnya dan hal itu benar-benar urusan beliau dengan The Blues tentang bagaimana menjelaskannya. Jadi kami tidak ada masalah dengan perkara itu," katanya kepada Fairfax Media seperti dipetik dari Daily Mail.

Menurut maklumat, Williams akan menerima pakaian seragam khusus tanpa adanya logo bank.

Lahir pada tahun 1985, Williams merupakan bintang ragbi terkenal di New Zealand. Beliau merupakan satu-satunya Muslim dalam skuad New Zealand. Beliau menjadi mualaf pada tahun 2008 di sebuah masjid di Sydney, ada ura-ura mengatakan deliau mendapat hidayah ketika masih bermain untuk pasukan ragbi di Perancis.

New Zealand sendiri dianggarkan terdapat 36,000 Muslim, menurut bancian 2006.

Kejadian seperti ini bukan kali pertama di mana seorang bintang sukan Muslim enggan bermain memakai jersi yang ditaja kerana mengamalkan kepercayaan Islam.

Pemain kriket Australia, Fawad Ahmed telah dibenarkan permintaannya untuk tidak memakai logo syarikat pembuatan bir pada jersinya pada tahun 2013.

Pada tahun yang sama, bintang bola sepak Papiss Cisse enggan bermain untuk Newcastle United apabila mereka memperkenalkan syarikat pinjaman kewangan Wonga sebagai penaja utama mereka.




No comments:

Post a Comment