Thursday 27 July 2017

Siapa Kepala Perompak & Keldai Tua Auta Yang Dimaksudkan?

Forum bertajuk “Mahathir: Agen perubahan atau pemusnah” telah menyerlahkan hipokrasi melampau beberapa panel yang hadir.
Yang paling jelas ialah Presiden Amanah Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais. Mereka cuba bersilat untuk menafikan hipokrasi dan tindakan mereka meliwat prinsip mereka selama ini tentang Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mereka gagal kerana kesemua laporan berita yang melaporkan tentang forum itu bersetuju pihak panel gagal untuk menyakinkan mereka yang hadir tentang kewujudan Mahathir dalam Pakatan Harapan apatah lagi menjadi pemimpin tertinggi pakatan tersebut.
“Dulu kutuk Mahathir, sekarang bekerjasama dengan Mahathir kutuk Najib. Esok lusa, Najib turun bekerjasama pula dengan Najib? Tidak pernah belajar dengan kesilapan lalu!” kata Haris Ibrahim daripada Asal Bukan UMNO (ABU), salah seorang panel forum itu
Mat Sabu pernah melabel Mahathir sebagai kepala perompak dan buktinya seperti dalam video di bawah :
Yang amat memalukan ialah cubaan Hishammuddin Rais untuk menghalalkan tindakan beliau menyapu ludah di muka beliau sendiri setelah sekian lama mengkritik, memaki dan memperlekehkan Mahathir Mohamad. Beliau adalah di antara aktivis reformasi tegar yang beberapa kali ditangkap di bawah seksyen 71 (3) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menentang kerajaan Mahathir Mohamad. Beliau adalah tahanan paling lama selama 26 bulan di Pusat Tahanan Kamunting dari 2001-2003, itu pun semasa era Mahathir.
Walau pun beliau dianggap agresif, ganas, kasar dan mulut celupar, masih ada yang menyokong beliau sebagai aktivis reformasi kerana prinsip beliau yang tidak berubah walau pun ditahan dan di dakwa semasa era Mahathir.
Apabila menyentuh isu Soros dan wang dollar Amerika, Hishammuddin telah melabelkan Mahathir sebagai :
Maka keluarlah seekor kaldai tua dengan teori Yahudi dan George Soros. Sayang sekali si keldai tua ini tidak sedar zaman telah beredar. Pada satu ketika dahulu si keldai tua ini amat bijak dengan auta putar belit, tetapi hari ini segala autanya diketahui umum.
Sampai begitu hina sekali Mahatthir di mata ‘reformis’ itu. Bukan keldai tua sahaja tetapi Hishammuddin Rais turut melabel Mahathir sebagai ‘Anak Lelaki Iskandar Kutty’. Ironinya, Hishammuddin juga pernah mengaku bahawa:
Kunci kepada semua Sang Barua yang bekerja dengan Mahathir adalah sosok bermasalah. Yang mengamal rasuah. Lagi banyak beban dipikul lagi setia Sang Barua.
SPR, Polis dan Kehakiman juga dilabel Sang Barua kepada Mahathir.
Dan sekarang, aktivis ini meliwati prinsipnya dengan tunduk kepada ‘Anak Lelaki Iskandar Kutty’ atau pun ‘keldai tua’ ini. Beliau juga sang barua seperti yang beliau sendiri terangkan. Segala prinsip yang beliau pertahankan selama ini down the drain ibarat sampah dalam tong sampah.
Reformis yang tiada prinsip ini dan keseluruhan kepimpinan Pakatan Harapan sepatutnya berasa malu dan belajar daripada pendirian parti PSM yang dahulu dan sehingga sekarang masih sama. PSM menentang Mahathir kerana pegangan dan posisi beliau dalam pelbagai isu di antaranya sistem dan institusi korup yang dibawa oleh Mahathir.
PSM mempersoalkan isu-isu zaman Mahathir, di antaranya ialah isu pengswastaan kemudahan awam, penggunaan undang-undang zalim seperti ISA dan Akta Percetakan, Isu Pekerja, Gaji Minima, Kesatuan Sekerja, penahanan musuh politiknya, sistem Kroni dan Bail out Syarikat milik anaknya
PSM juga mendedahkan sikap hipokrit pemimpin DAP dan PKR. Di antaranya:
Rakan seperjuangan kami dalam menentang semua isu ini dulu adalah DAP, PKR dan lain-lain. Adakah posisi mereka dengan semua perkara diatas kini sudah berubah? PSM masih berpendirian posisi kami dulu dan sehingga sekarang masih sama.
Namun hari ini, Tun Mahathir tidak pernah mengatakan beliau salah dalam mana-mana satu isu diatas dan tidak pernah sekali dalam ratusan sidang akhbar dan ceramah beliau mengatakan beliau sudah insaf atau meminta maaf. Beliau hanya berkata bahawa beliau silap memilih Najib, sebagaimana beliau silap memilih Badawi.
Sekarang beliau dianggap sebagai di “Top Dog” untuk Pakatan Harapan. Adakah ini bererti semua posisi yang diambil dulu oleh beliau betul?
Kita juga sedia maklum dengan pendirian Otai Reformis 1998 pendokong tegar Anwar Ibrahim yang akhirnya tidak dapat tahan dengan mainan politik murahan PKR dan DAP. Di antara pengakuan mereka :
1. Menolak kepimpinan Mahathir di peringkat parti sebagai Pengerusi Pakatan Harapan atau di peringkat kerajaan sebagai perdana menteri atau menteri kanan atau penasihat sekiranya Pakatan Harapan berjaya mengambil alih pentadbiran di Putrajaya.
2. Menuntut Pakatan Harapan untuk memasukkan dalam manifesto PRU14 Pakatan Harapan penubuhan Suruhanjaya Keamanan dan Keadilan bagi mengadili segala tuduhan ke atas Mahathir.
Inilah kesudahanya NGO tegar Anwar yang selama ini mempertahankan Anwar di masa zaman Mahathir tetapi akhirnya tersungkur diperbodohkan oleh kepimpinan PKR dan DAP.
Kesimpulannya, kita percaya bahawa sikap hipokrit DAP, PKR dan NGO reformis yang sebelum ini menentang Mahathir tetapi sekarang meliwat sendiri segala prinsip mereka itu sedang dinilai oleh rakyat dengan serius.
Rakyat tidak mahu puak-puak sedemikian rupa apatah lagi mentadbir negara ini.
Rujukan:
Dr Novandri Hasan Basri / UMNO Online

No comments:

Post a Comment