Tuesday 18 July 2017

Mukim Matang kawasan penyakit anjing gila


17 JULAI: Selepas Serian, Sarawak, mukim Matang dalam daerah Larut Matang dan Selama, Perak diisytiharkan sebagai kawasan penyakit anjing gila atau rabies, berkuatkuasa hari ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pewartaan itu dikeluarkan di bawah Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila.
“Ia dilakukan dengan kuasa yang diberikan oleh Subseksyen 39(1) Akta Binatang 1953 (Akta 647).
“Walaupun kes ini terpencil dan hanya melibatkan satu kes tetapi perintah ini perlu dilakukan dan langkah-langkah seperti membendung perlu diadakan bagi mengawal ia daripada terus merebak,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri mengenai tindakan terhadap isu laporan Ketua Audit Negara, hari ini.
Pada 4 Julai lalu, dua kanak-kanak perempuan berumur 11 dan 12 tahun di Kuala Sepetang digigit anjing perliharaan mereka sebelum haiwan itu mati lapan hari kemudian.


No comments:

Post a Comment