Saturday 22 July 2017

Duterte Anggap AS Negara Paling Teruk



MANILA: Presiden Rodrigo Duterte berkata beliau tidak akan berkunjung ke Amerika Syarikat (AS) yang 'teruk,' walaupun pernah dipelawa Presiden Donald Trump.

Duterte berkata demikian ketika menyuarakan kemarahan terhadap suruhanjaya hak asasi manusia AS yang mengutuk tindakan beliau melaksanakan dasar antinarkotik terhadap pengedar dan penagih dadah.

"Saya tidak akan pergi ke Amerika sepanjang tempoh pemerintahan atau selepas ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Saya tahu keadaan di Amerika memang teruk. Banyak kes pelanggaran hak asasi manusia," katanya merujuk kepada tentera AS yang dihantar ke Asia Barat.

Duterte yang mengambil alih pemerintahan tahun lalu, pernah berkata mahu menjauhkan Filipina daripada sekutu pertahanan utama, AS selepas pentadbiran bekas Presiden Barack Obama mengutuk operasi antidadah Manila yang mengakibatkan beribu-ribu maut.

Namun, selepas Trump dipilih sebagai Presiden beliau menghubungi Duterte pada April lalu dan memuji kempen itu, malah menjemput pemimpin Filipina itu ke Rumah Putih. AFP

No comments:

Post a Comment