Thursday 27 July 2017

3 juta tan ikan setahun menjelang 2020


26 JULAI: Industri ikan tempatan mampu mencapai sasaran pengeluaran sehingga tiga juta tan metrik setahun menjelang 2020 bagi mengurangkan kebergantungan kepada ikan import.
Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ismail Abu Hassan berkata, pada tahun lalu, sebanyak dua juta tan metrik ikan bernilai RM13.02 bilion dicatatkan iaitu hasil daripada pendaratan serta ternakan sangkar.
“Pada masa sekarang kita membelanjakan RM3.6 bilion setahun untuk mengimport ikan masuk berbanding hasil eksport ikan RM2.7 bilion iaitu perbezaan kira-kira 300 ribu tan metrik.
“Kita perlu berusaha agar kadar keseimbangan perdagangan impot dan eksport ikan menjadi sama ataupun positif yakni memihak kepada kita sebagaimana pernah kita kecapi dahulu,” katanya hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Program Perundingan Industri Akuakultur Peringkat negeri di PCB Resort di Kota Bharu.
Turut hadir, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan, Dr Marzuki Hashim, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Latihan dan Kemajuan Kerjaya, Abd Khalil Abd Karim dan Pengarah Perikanan Kelantan, Anuar Salam Sulaiman.
Pada majlis itu juga, Ismail menyampaikan Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM73,900 kepada 150 pengusaha ikan sangkar yang terjejas akibat fenomena El Nino pada tahun lalu

No comments:

Post a Comment