Friday, 2 June 2017

Tony Pua Pembohong bersiri


Di dalam komentar Facebook beliau pada 30 Mei, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, menghina saya dengan menyebut kononnya saya “can't even get his basic facts right” (“tidak mampu untuk memberi fakta-fakta asas beliau dengan betul”). Ini kononnya kerana saya menulis di dalam komentar Facebook saya pada hari sama bahawa beliau dan Anthony Loke beragama Kristian.

Bagaimanapun, bila saya menanyakan kenapa beliau dan Anthony Loke dilaporkan berdiayah di gereja jika benar mereka bukan beragama Kristian, terus beliau, Hannah Yeoh dan Lim Kit Siang, yang menyatakan beliau dan Anthony Loke bukan beragama Kristian, mendiamkan diri. Dakwaan kononnya beliau dan Anthony Loke bukan beragama Kristian yang dibuat oleh beliau, Hannah Yeoh dan Lim Kit Siang juga tidak disertakan dengan sebarang bukti.

Jelas Tony Pua ini jenis individu yang perasan dirinya terlebih bijak dan suka menghina orang lain padahal sebelum ini beliau sendirilah yang sebenarnya telah saya buktikan sebagai “can't even get his basic facts right” (“tidak mampu untuk memberi fakta-fakta asas beliau dengan betul”).

Pada 8 April, saya telah membuat satu komentar Facebook betapa Tony Pua adalah seorang pembohong kerana menyebut “Now, every opposition (member) has the right to table a private member’s bill or opposition’s motion, but the question is, in the history of Malaysia, never has such motions been allowed to get onto the floor.” (“Sekarang, setiap Ahli Parlimen pembangkang mempunyai hak untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian atau usul pembangkang, tetapi soalannya ialah, dalam sejarah Malaysia, tidak pernah usul sebegini dibenar untuk dibentangkan.”)

Pembohongan ini beliau lakukan bagi menghina pembentangan huraian Rang Undang-Undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 oleh Ahli Parlimen pembangkang, iaitu Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam sidang Dewan Rakyat pada 6 April yang didakwa tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.

Saya berikan bukti kukuh betapa Tony Pua adalah seorang pembohong kerana, pada 24 dan 25 Oktober 1977, tiga Rang Undang-Undang Persendirian telah pernah bukan setakat dibenar untuk dikemukakan oleh dua Ahli Parlimen DAP, iaitu Ngan Siong Hing (Kinta) dan Lim Kit Siang (Kota Melaka), tetapi turut dibenar untuk dibahaskan dan diundi oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Tiga Rang Undang-Undang Persendirian ini adalah Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan, 1967; Rang Undang-Undang Persendirian untuk mewujudkan Akta Melindungi Pekerja-Pekerja dan Gaji Minima, 1977; dan Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta Biro Siasatan Negara, 1973.

Komentar Facebook saya ini dijadikan sebagai berita di bawah tajuk “Opposition MPs Tabled Bills Before, Academic Tells Pua” oleh seorang wartawan portal berita The Malay Mail Online bernama Yiswaree Palansamy pada 10 April.

Bila Tony Pua ditanyakan oleh Yiswaree Palansamy mengenai pembohongan beliau ini, Tony Pua berkeras menyatakan bahawa kenyataan beliau adalah betul kerana kononnya ia adalah merujuk kepada tahun-tahun selepas 1977 (“Pua corrected his statement, saying he was referring to the years after 1977” dan “Everything I said is correct after the Standing Orders were amended in 1978”) walhal di dalam kenyataan asal beliau tidak langsung disebut ia adalah merujuk kepada tahun-tahun selepas 1977. Sebaliknya, apa yang beliau sebut adalah “dalam sejarah Malaysia” dan sejarah Malaysia bermula pada tahun 1963.

Lihatlah sendiri betapa ultra kiasunya pemimpin DAP ini yang tetap tidak akan mengaku salah walaupun telah jelas dibuktikan bahawa mereka salah.

Lebih teruk di dalam kes Tony Pua ini ialah bahawa beliau sekali lagi berbohong bila beliau cuba menepis pembohongan awal beliau mengenai betapa Rang Undang-Undang Persendirian tidak pernah dibenar untuk dibentangkan dalam sejarah Malaysia.

Ini kerana, tidak seperti dakwaan palsu beliau, pada tahun-tahun selepas 1977 sekalipun Rang Undang-Undang Persendirian telah pernah bukan setakat dibenar untuk dikemukakan, tetapi turut dibenar untuk dibahaskan dan diundi oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Satu contoh paling jelas mengenai hakikat bahawa Rang Undang-Undang Persendirian telah pernah dibenar untuk dikemukakan, dibahaskan dan diundi oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat pada tahun-tahun selepas 1977 ialah tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat membenarkan, pada 5 Disember 1988, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, mengemukakan Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta Pertubuhan 1966 yang bertujuan untuk menghidupkan semula UMNO yang telah diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan yang tidak sah oleh mahkamah pada 4 Februari 1988.

Terbuktilah sudah bahawa bukan saya, tetapi Tony Pua, yang “can't even get his basic facts right” (“tidak mampu untuk memberi fakta-fakta asas beliau dengan betul”).

Terbuktilah juga bahawa bukan sekali tetapi dua kali Tony Pua berbohong di dalam kes ini.
Taraf DAP adalah di bawah telapak kaki kerana mempunyai pemimpin tinggi yang bersifat pembohong bersiri.

Beginilah sifatnya pemimpin tinggi DAP yang bodoh tetapi masih ada hati mahu menghina orang lain sebagai bodoh.

http://www.themalaymailonline.com/…/opposition-mps-tabled-b…

http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-05121988.pdf

SUMBER 

No comments:

Post a Comment