Tahniah Malaysia layak ke Hockey Men’s World Cup 2018 setelah mengejutkan India 3-2 di Suku Akhir Hockey World League 2017 (Semi Final London). #HWL2017
Ini juga merupakan kali pertama Malaysia melepasi peringkat suku akhir Liga Hoki Dunia.
Malaysia juga berpeluang layak ke Hockey World League Final 2017 yang akan mengumpulkan lapan pasukan terbaik dunia sekiranya menjadi tiga pasukan terbaik dalam #HWL2017 London ini.
Ini kerana India telah layak secara otomatik sebagai tuan rumah kejohanan akhir menyebabkan hanya 3 tempat diperuntukkan kepada semi final London ini.
Satu lagi Semi Final #HWL2017 akan berlangsung di Afrika Selatan dan memperuntukan 4 pasukan ke akhir.
No comments:
Post a Comment