30 JUN:
Injuksi mahkamah akan digunakan bagi menghentikan tiga projek jalan raya dan
terowong bawah tanah yang mahu dibina kerajaan DAP Pulau Pinang kerana wujud
banyak ‘hanky panky’ dan percanggahan fakta ketika proses pembinaan itu.
Naib
Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai mempersoalkan wujud urusniaga
mencurigakan dalam Pakej A pembinaan jalan raya dari Tanjung Bungah ke Teluk
Bahang apabila kerajaan Pulau Pinang membayar terlalu tinggi bagi kajian
kebolehlaksanaan kepada pihak konsultan.
“Kita
mendesak kerajaan Pulau Pinang menjelaskan mengapa kajian kebolehlaksanaan bagi
pakej pertama iaitu jalan berkembar dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang adalah
sangat tinggi sebanyak 32 peratus daripada kos pembinaan.
“Kos
pembinaan itu hanya RM377 juta tapi kos untuk kajian kebolehlaksanaan itu
sebanyak RM120 juta, jadi ini sangat tinggi,” jelasnya.
Hoe
Chai berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat Gerakan, Cheras,
Jumaat.
Tambah
Hoe Chai lagi, kos tersebut tidak logik apabila kos kajian kebolehlaksanaan
jalan raya lebih tinggi daripada kos kajian kebolehlaksanaan untuk pembinaan
terowong bawah tanah.
“Mengapa
kita kata tinggi, kerana ini kos kajian bagi jalan berkembar itu lebih tinggi
daripada kos kajian kebolehlaksanaan daripada terowong yang kita tahu ia lebih
susah tetapi kos bagi terowong hanya RM96 juta tapi untuk jalan 10km dari
Tanjung Bungah ke Teluk Bahang itu sebanyak RM120 juta.
“Ini
yang kita minta kerajaan Pulau Pinang bawah Lim Guan Eng kena menjelaskan
kepada rakyat mengapa kos itu sangat tinggi bagi Pakej A.
“Kajian
kebolehlaksanaan terowong bawah tanah sepatutnya lebih susah kerana ia di dasar
laut malah kos pembinaan terowong itu sepanjang 6.5 km adalah RM3.1 bilion tapi
kajian kebolehlaksanaan hanya RM96 juta sahaja,” jelasnya lagi.
Pada
masa yang sama, Hoe Chai mempertikaikan mengapa kos kajian tersebut dibayar
penuh kepada konsultan walhal pembinaan jalan raya bagi Pakej A tersebut masih
belum bermula.
“Kita
pun tak faham mengapa kos kebolehlaksanaan itu dibayar dengan cepat dan dibayar
semua sepenuhnya kepada konsultan dan mengikut Akta Jurutera mengatakan ia
sepatutnya dibayar secara berperingkat dan kita mengambil kesempatan ini
mendesak kerajaan Pulau Pinang menjelaskan mengapa ia dibayar secepatnya dan
mengapa dibayar sepenuhnya, ini kena jelaskan kepada rakyat.
“Projek
ini pun belum bina lagi tapi konsultan sudah dibayar sepenuhnya,” katanya.
Pembayaran
penuh kepada konsultan itu didakwa dilakukan kerajaan Pulau Pinang pada 19 Mei
2017 lalu selepas jawapan diberikan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)
Pulau Pinang yang pertama bagi penggal ke-13
No comments:
Post a Comment