Wednesday, 21 June 2017

DoJ perlu buktikan dakwaan

Spekulasi dan tohmahan yang dibuat Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat terhadap 1 Malaysia Develoment Berhad (1MDB) bukanlah sesuatu yang muktamad atau tepat namun perlu melalui proses undang-undang.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, jika seseorang membuat tuduhan ia perlu dibuktikan dengan pendakwaan di mahkamah dan pihak yang didakwa memiliki peluang untuk mempertahankan diri sebelum keputusan dibuat oleh hakim.
“Kalau tuduhan yang dibuat oleh DoJ ini benar maka silalah ambil tindakan dan dakwa di mahkamah biar mahkamah tentukan siapa yang benar-benar bersalah.
“Kita tak boleh terima apa yang dianggap spekulasi tanpa bukti kukuh kerana ia hanya akan memberi nama buruk kepada yang dituduh serta dalam isu 1MDB, sudah tentu nama Malaysia sendiri,”katanya kepada pemberita di Kepala Batas hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan pada Program Ziarah Kasih Ramadan anjuran Yayasan Tabung Haji kepada 1,000 penerima dari parlimen itu.

No comments:

Post a Comment