Alor Setar, Ahad 4 Jun 2017 - Program Ziarah Kasih Ramadhan Yayasan TH di Alor Setar telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH di Dewan Sri Mentaloon, Pantai Johor.
Program Yayasan TH ini dengan kerjasama Biro Daftar Keahlian mensasarkan mengagihkan bantuan kepada 7,500 golongan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya yang terpilih di 6 kawasan Parlimen terpilih di Kedah.
Pengerusi TH, YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Rahim berkata program ini bertujuan membantu golongan yang kurang berkemampuan supaya meringankan beban mereka sempena bulan Ramadhan.
Turut hadir semasa program menyerahkan sumbangan adalah YB Dato Sri DiRaja Hj Ahmad Bashah- YAB Menteri Besar Kedah, YBhg Tan Sri Shukry Mohd Salleh, Ahli Lembaga Pengarah TH serta pemimpin masyarakat tempatan.





No comments:
Post a Comment