Saturday 27 May 2017

Desak perjelas dasar pinjaman bank asing

Kerajaan DAP Pulau Pinang dipersoal selepas meluluskan rang undang-undang yang membenarkan pinjaman sejumlah besar wang dari bank asing termasuk dari China bagi menggerakkan projek pembangunan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Strategik UMNO Kepala Batas , Azizi Safar berkata.Kerajaan Negeri perlu menjelaskan secar terperinci berapa jumlah pinjaman yang mahu dibuat khususnya daripada Exin Bank of China.

menurut beliau , kaedah bayaran hutang -hutang itu juga perlu diperjelaskan secara teperinci supaya penduduk negeri ini tidak bimbang dengn aset-aset milik kerajaan negeri khususnya tanah yang mungkin terlepas kepada pihak asing.

"Apakah tanah-tanah di tiga buah pulau buatan yang dirancang di selatan tanah air negeri akan dicagarkan atau diberi milik kepada Exim Bank of China sebagai bayaran balik pinjaman itu kelak?

beliau mengulas mengenai rang undang-undang pinjaman Negeri Pulau Pinang (bank dan sumber-sumber lain) 2017 yang diluluskan sidang dewan Undangan Negeri semalam yang membenarkan kerajaan negeri meminjam daropada bank asing bagi menggerakkan projek di negeri ini

Bagaimanapun rang undang-undang itu dipertikai wakil rakyat kerajaan negeri sendiri kerana akan membebankan rakyat yang secara langsung terlibat dalam kutipan kewangan negeri.

No comments:

Post a Comment