GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang didesak
memperjelaskan Pelan Perancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020 yang
dikatakan berbeza dengan cadangan projek tambakan laut yang sedang dilaksanakan
ketika ini.
Naib Pengerusi GERAKAN negeri, Lee Boon Ten, berkata
kerajaan negeri tidak sepatutnya memberi maklumat yang berbeza kepada rakyat
mengenai bentuk dan saiz tapak tambakan laut di Gurney Wharf, Damar Laut dan
Middle Bank.
Katanya, kekeliruan yang terdapat pada pelan perancangan
struktur terbabit dengan projek yang sedang dijalankan perlu dijelaskan semula
kepada rakyat kerana ia membabitkan perubahan landskap di negeri ini.
"Bagaimana pelan cadangan projek itu berbeza dengan
rancangan asal sedangkan ia dikeluarkan kerajaan negeri? Adakah kerajaan negeri
menyembunyikan sesuatu daripada rakyat? Kerajaan negeri perlu sedar bahawa
rakyat mempunyai hak untuk mengetahui status sebenar projek berskala besar itu.
"Negara lain seperti Singapura, Dubai, India dan
Belanda juga ada lakukan tambak laut tetapi mereka memaklumkannya kepada rakyat
tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan mengenai projek pembangunan yang dijalankan,"
katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Katanya, kerajaan negeri perlu bersikap telus dan
bertanggungjawab seperti mana Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu yang
menyediakan dokumen lengkap untuk projek tambak laut, sekali gus boleh dijadikan
rujukan pelbagai pihak. "Semasa BN melaksanakan projek tambak laut, semua
pihak termasuk rakyat boleh dapatkan dokumen yang lengkap untuk dijadikan
rujukan," katanya.
No comments:
Post a Comment