KUALA LUMPUR: Sejak
penglibatan Penasihat DAP Lim Kit Siang ke dalam arena politik tanah air,
beliau sudah mencatatkan rekod bertanding di tujuh kerusi Parlimen di
negeri-negeri yang berbeza.
Ahli Parlimen Balik
Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, kini desas-desus timbul apabila
Kit Siang tidak akan mempertahankan parlimen Gelang Patah pada Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU14) ekoran pengundi kawasan berkenaan mula rasa tidak
senang dengan wakil rakyat yang dipilih pada PRU lepas.
“Kenapa mahu lari ke
sana dan ke sini? Mungkin beliau takut kerana tidak selalu turun ke kawasan
sendiri (Gelang Patah), sebab itu berhijrah ke tempat lain,” katanya.
Untuk rekod, Kit
Siang mula diangkat sebagai ahli parlimen pada 1969 dengan mewakili
parlimen Bandar Melaka sebelum bertanding di parlimen Kota Melaka dan
mewakili kawasan berkenaan pada 1974.
Foto: UtusanPada PRU tahun 1978,
Kit Siang berpindah ke Selangor dan bertanding di parlimen Petaling Jaya
dan kembali ke Kota Melaka pada PRU tahun 1982.
'Perpindahan' Kit
Siang berterusan pada PRU tahun 1986 apabila beliau yang pada waktu itu
Setiausaha Agung DAP bertanding di parlimen Tanjong, Pulau Pinang,
seterusnya di parlimen Ipoh Timur, Perak pada 2004 dan kini mewakili
parlimen Gelang Patah selepas berjaya memenanginya pada PRU13 lepas.
Kit Siang dilaporkan
tidak menolak kemungkinan mencari kawasan ‘baharu’ untuk bertanding dalam
pilihan raya umum akan datang.
Katanya, walaupun
Parlimen Gelang Patah menjadi keutamaannya, tetapi jika ada permintaan
atas faktor strategik kemenangan parti, beliau akan memikirkan perkara
berkenaan.
Tegas Dr Hilmi, sikap
Kit Siang yang suka berpindah-randah seolah-olah memperlekehkan
kepercayaan pengundi demi menyelamatkan karier politiknya.
“Sebab itu di negeri
ini sahaja kita boleh lihat macam-macam masalah termasuk peningkatan
tarif air, pelbagai kenaikan cukai dan caj tempat letak kereta yang
dikenakan selama 24 jam sekali gus membebankan rakyat,” katanya.
Minggu lalu, ketika
lawatan Kit Siang di Bentong, Pahang, beberapa kain rentang yang tertera
gambar beliau dengan kapsyen "Where is Uncle Kit Siang? Gelang Patah
Misses You (Pak Cik Kit Siang dimana? Gelang Patah rindukan kamu)"
di letakkan di sepanjang jalan utama kawasan berkenaan.
Kain rentang berkenaan
dipercayai diletakkan ekoran rasa tidak puas hati pengundi parlimen
Gelang Patah yang 'merindui' wakil rakyat mereka yang hanya balik kampung
sewaktu musim perayaan sahaja.
Turut mengulas isu
nomad Kit Siang, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong
berkata, perpindahan tersebut sebagai cara pemimpin DAP itu untuk
mengaburi mata masyarakat ekoran kegagalannya berbakti kepada pengundi
kawasannya.
Menyifatkan Kit Siang
sebagai 'bidan terjun', Ka Siong tidak menolak kemungkinan bahawa Kit Siang
akan bertanding di kawasan lain pada PRU14 akan datang.
“Walaupun dilontar
pertanyaan sama ada mahu kekal di Gelang Patah atau sebaliknya, tiada
jawapan yang konkrit daripada Kit Siang. Tapi bila dia dicabar dan orang di
Gelang Patah semua cari dia, dia terpaksa mencari jawapan sebagai
alasan,” katanya.
- Malaysian Digest
No comments:
Post a Comment