Tuesday, 7 March 2017

Manfaatkan Tempoh Rayuan BR1M



Sejak petang semalam, media sosial dipenuhi dengan hashtag #BR1M oleh mereka yang tidak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia itu.

Ramai yang merungut kerana permohonan mereka tidak diluluskan. Banyaklah yang meroyan di "timeline Facebook", Whatsapp dan kaunter aduan Twitter semalam berkaitan BR1M.

Seolah-olah jika ditolak permohonan BR1M itu, umpama gelap dunia. Bagi yang marah-marah kerana tidak mendapat bantuan tersebut, gunakanlah tempoh rayuan yang diberikan untuk membuat rayuan.

Permohonan Rayuan BR1M 2017 boleh dibuat secara manual di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terdekat dengan pemohon.

Manakala tarikh rayuan pula adalah mulai 3 April sehingga 31 Mei 2017. Ada 58 hari untuk mengadu.

Mungkin ada sebab kenapa mereka yang memohon BR1M tidak mendapatnya. Mungkin anda gagal memenuhi kelayakan yang diperlukan.

Tapi anda perasan tak kebanyakan yang `meroyan' adalah mereka yang menyokong pembangkang terutama penyokong parti bunga.

Mungkin mereka lupa bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menyatakan bahawa BR1M adalah rasuah dan salah di sisi undang-undang.

Mahathir juga tidak menolak kemungkinan jumlah BR1M yang bertambah itu adalah sebagai umpan untuk menarik sokongan rakyat.

Namun Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu kemudiannya mengubah pendirian dan membuat pusingan U dengan membayangkan tidak akan menghapuskan bantuan berkenaan jika pembangkang berjaya menguasai kerajaan.

Dan ketika Mahathir menyatakan BR1M adalah rasuah, mana suara-suara penerima BR1M daripada pembangkang yang menidakkannya.

Mereka hanya mendiamkan diri tetapi di saat mereka tidak mendapatnya (bukan disebabkan faktor politik) ramai yang bising.

Habis kerajaan dan Datuk Seri Najib Tun Razak dikutuknya dan lebih malang turut membuat perbandingan semasa pemerintahan Mahathir kononnya semua perkara dipermudahkan.

Satu soalan kepada penyokong parti Bunga ini, adakah Mahathir memberikan bantuan seumpama ini kepada rakyat?

Zaman Mahathir mana ada BR1M. Mahathir tidak pernah beri bantuan kad diskaun siswa juga pada pelajar pelajar universiti.

Nasib baiklah pada zaman Najib ini, BR1M tetap diberikan kepada golongan sasar, meskipun kepada penyokong pembangkang kerana ia adalah bantuan kepada rakyat, tanpa mengira ideologi politik.

Maka bersyukurlah jika anda adalah penerima BR1M dan jika permohonan anda tidak berjaya, sila buat rayuan seperti yang ditetapkan.

Jangan meroyan di media sosial sahaja. Ianya tidak akan menyelesai masalah anda.

Jangan lupa, pada yang sudah dapat BR1M, ucaplah terima kasih pada yang tangan yang memberi.

Jangan diam diam saja bila dapat, bila tidak dapat meroyan macam macam.

Hargai sama orang yang bersusah payah mencari dan menyediakan wang BR1M tatkala negara di kata bankrap dan muflis.

Tulisan :
Beruang Biru
BB316, Selasa
7 Mac 2017

No comments:

Post a Comment