Tuesday, 7 March 2017

koma di sengat obor-obor


PERMATANG PAUH – Seorang kanak-kanak lelaki koma dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini selama empat hari sejak Khamis lalu akibat di*sengat obor-obor
Ahmad Azfar Hakim Zainudin, 12, disengat obor-obor ketika mandi di pantai Teluk Bahang, dekat sini 26 Februari lalu sewaktu bercuti bersama keluarganya

Menurut bapanya, Zainudin Zakaria, 48, anak bongsunya itu pada mulanya mengadu sakit di bahagian tangan ketika mandi bersama-sama beberapa sepupunya di pantai berkenaan

Katanya, dia kemudiannya meminta bantuan penjaga tandas berhampiran kawasan itu yang segera melumurkan cuka di tempat yang terkena sengatan itu bagi menghilangkan sakit

“Selepas balik, saya bawa Ahmad Azfar Hakim ke klinik swasta, namun doktor di situ enggan merawatnya dan mengarahkan anak saya dibawa ke hospital

“Saya kemudian membawa anak saya ke klinik kedua dan dia diberi suntikan untuk meredakan kesakitan itu sebelum dirujuk ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) yang hanya beri ubat demam dan minta saya beli ubat lain di farmasi,” katanya kepada pemberita di ICU HSJ di sini hari ini

Tambah Zainudin, keadaan anaknya semakin teruk Rabu lalu apabila sukar bernafas dan pening serta penglihatannya kabur sebelum dibawa ke Unit Kecemasan HBM pada pukul 10.30 malam

Jelasnya, anaknya juga dise*rang sawan ketika berada di HBM menyebabkan pihak hospital merujuknya ke HSJ sebelum dimasukkan ke ICU pada pukul 4 pagi Khamis lalu

“Ahmad Azfar Hakim koma selama tiga hari dipercayai akibat kesan sengatan itu. Sepanjang koma, tangannya membengkak dan menjadi hitam di hujung jari akibat saluran darahnya menyempit

“Mujurlah dia sudah mula sedar sejak semalam dan tiub pernafasan yang dipasang juga telah dibuka, namun masih di bawah perhatian rapi doktor di HSJ,” ujarnya

Ditanya mengenai bahaya obor-obor itu, Zainudin berkata, dia dimaklumkan oleh doktor yang haiwan itu jenis berbisa yang simptomnya hanya berlaku selepas tiga hari disengat

Sehubungan itu, dia menggesa pihak berwajib seperti Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memasang tanda amaran di kawasan pantai itu bagi mengelakkan orang lain mengalami nasib serupa

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/naha…#ixzz4ab5ttJ4A


No comments:

Post a Comment