Isu penggunaan tayar celup dikalangan pengusaha kenderaan berat di negara ini bukan perkara baru. Saban tahun, ada sahaja kes-kes kemalangan yang berpunca dari penggunaan tayar jenis ini. Walaupun berulang kali kerajaan menerusi Kementeria Pengangkutan memberi peringatan agar para pengusaha menjauhi penggunaan tayar jenis ini, namun, ianya tidak begitu diperdulikan.
Kelmarin, dua rampasan bernilai RM247,500 berjaya dibuat menerusi Ops Bersepadu Khas Tayar Celup dalam dua serbuan berasingan di dua premis di Bukit Beruntung, Selangor dan Senawang, Negeri Sembilan.
Rampasan membabitkan 480 tayar celup komersial dengan pelekat SIRIM yang tidak mendapat pensijilan dan 1,374 keping pelekat SIRIM MS224-2005 palsu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, serbuan berkenaan dilakukan di premis di Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung pada 23 Februari lalu dan Kawasan Perindustrian Senawang pada 28 Februari lepas.
Beliau memberitahu, selain majikan premis terbabit, seramai sembilan pekerja warga asing ditahan dalam serbuan tersebut dan seorang suspek diberkas kerana cuba memberi suapan RM50,000 agar tidak dikenakan tindakan.
Beliau menambah, operasi ini membabitkan gabungan kerjasama Pasukan Tindakan Khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Unit STAFOC PDRM, Bahagian Penguatkuasa KPDNKK dan agensi-agensi lain," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini
No comments:
Post a Comment