Thursday, 30 March 2017

Gerakan persoal Guan Eng sengaja melengah-lengahkan kes rasuah





PULAU PINANG 29 Mac - Parti Gerakan mempersoalkan tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang dilihat sengaja melengah-lengahkan pertuduhan rasuah beliau yang sepatutnya mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Pemangku Ketua Pemuda Ge¬rakan negeri, Jason Loo berkata, tindakan Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon itu bertenta¬ngan dengan kenyataannya sebelum ini kononnya tidak sabar membuktikan mereka tidak bersalah dalam pertuduhan itu antaranya melibatkan pembe¬lian banglo mewah di bawah harga pasaran.

Jason yang meragui tindak-tanduk Guan Eng itu berkata, Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pernah dikenakan ke-pada bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo, tetapi pemimpin itu tidak bertindak mencabar undang-undang yang telah digazetkan.

“Persoalannya mengapa peguambela, Gobind Singh Deo dalam prosiding yang berlangsung 20 Mac lalu mencabar akta tersebut walaupun pada 2009 perbincangan terperinci dilakukan sebelum undang-undang berkenaan digazetkan.

“Buktikan kepada orang awam yang mempersoalkan penangguhan kes itu bahawa ahli DAP ada mencabar dan tidak bersetuju terhadap akta tersebut ketika perbincangan di peringkat Dewan Negara atau Dewan Rakyat,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Isnin minggu lalu, Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan perbicaraan pertuduhan rasuah ke atas Guan Eng dan Li Koon selepas mereka mencabar keputusan mengisytiharkan Seksyen 62 Akta SPRM sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.
Tegas Jason, sekiranya Guan Eng berada di pihak yang benar, beliau sepatutnya memberikan kerjasama dan membenarkan mahkamah meneruskan perbicaraan tersebut tanpa gangguan.

“Itu sepatutnya yang beliau lakukan, melainkan ada sesuatu yang di-sembunyikan daripada pengetahuan orang awam yang berkemungkinan besar akan didedahkan mahkamah dalam perbicaraan itu nanti,” katanya.

UTUSAN ONLINE



No comments:

Post a Comment