Wednesday, 8 March 2017

Ahli parlimen desak tangkap batu api konflik Malaysia-Korea Utara



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu lebih tegas menyiasat mana-mana individu di negara ini yang cuba menjadi batu api dan menyemarakkan konflik Korea Utara di media sosial.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, ada individu atau pihak tertentu yang sengaja mengeruhkan konflik terbabit dengan membandingkan aset pertahanan dan keupayaan ketenteraan dimiliki kedua-dua negara.

“Bayangkan, ada yang membuat perbandingan kononnya kita guna meriam buluh manakala pihak sana guna nuklear dan sebagainya.
“Tindakan mereka ini berniat untuk memperlekeh usaha kerajaan yang bertungkus lumus mencari penyelesaian.
“Individu seperti ini mesti ditangkap, krisis ini bukan perkara main-main,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

No comments:

Post a Comment