Friday, 17 February 2017

Viral Samun: Sudah Dituduh Di Mahkamah

Bukit Mertajam: Suspek kejadian samun sebuah restoran makanan segera yang tular di media sosial sejak malam tadi, sudah dituduh dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, semalam.

 Memetik sumber Harian Metro Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek dibebaskan oleh mahkamah dengan ikat jamin RM3,000.

 Jelasnya dalam kejadian 10 Februari lalu itu, suspek berusia 19 tahun ditahan orang ramai selepas dia melarikan laci wang mesin tunai restoran berkenaan. Beliau berkata, suspek yang baru sehari bekerja di situ, membuka tingkap kaunter pandu lalu dari dalam sebelum melarikan laci berkenaan dengan dibantu seorang rakannya yang menunggu di luar tingkap.

 “Kejadian itu bagaimanapun, disedari pekerja lain yang mengejar suspek melarikan diri dengan motosikal. “Suspek terjatuh bersama laci wang berkenaan manakala rakannya berjaya melarikan diri,” katanya.

 Tambahnya lagi, suspek kemudian diberkas orang ramai yang berada di kawasan berkenaan sebelum diserah kepada polis. Nik Ros Azhan berkata, ketika dihadapkan di mahkamah semalam, suspek minta dibicarakan selepas dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment