Monday, 27 February 2017

Kunjungan Raja Salman Ke Malaysia Bukti Tuduhan Dr Mahathir Tidak Berasas


Ketibaan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud semalam adalah bukti tuduhan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menipu menerima derma RM2.6 bilion dari keluarga Diraja negara itu adalah tidak berasas dan fitnah.

Sebagai sebuah negara Islam yang mempunyai pengaruh dan merupakan negara antara pengeluar minyak utama dunia, mereka tidak akan sanggup hadir membuat lawatan rasmi ke negara yang menipu mereka.

Dakwaan Mahathir adalah karut semata mata. Gambar keakraban dan ukhuwah "islamic brotherhood" antara Raja Salman dan Dato Seri Najib menjelaskan segalanya galanya.

Dr Mahathir pada tahun 2015, menyatakan jika orang Arab itu gila pun dia tidak akan memberikan derma sebanyak itu kepada Najib.

“Duit itu daripada “Tok Arab”. Saya ingat kalau Tok Arab itu gila pun dia tak bagi.

“Minta derma dari negara Arab? Masa saya minta tak pernah dapat..kosong.. dia (orang Arab) angkat kitab bagi sikit adalah itu,” katanya lagi tidak mempercayai kebenaran.

Cerita Mahathir ini terbukti fitnah dan karut. Lebih karut bila tuduh tok arab sebagai gila.

Semalam, ketibaan pesawat khas Raja Salman disambut oleh Najib sendiri dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menjadi Menteri Pengiring.

Malaysia adalah negara pertama yang dikunjungi Raja Salman dalam rangka lawatan baginda ke Asia Tenggara sejak menaiki takhta pada 2015.

Baginda telah diiringi delegasi 600 anggota dalam lawatan hingga 1 Mac itu, termasuk anggota kerabat diraja dan menteri Kabinet Arab Saudi.

Lebih 100 kenderaan disediakan bagi membawa anggota rombongan diraja itu.

Kunjungan sulung Raja Salman ke Malaysia itu adalah atas undangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Kali terakhir Raja Arab Saudi melakukan lawatan ke Malaysia ialah pada 2006 iaitu oleh Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud. Almarhum Raja Faisal Abdulaziz Al-Saud melakukan lawatan negara ke Malaysia pada 1970.

Zaman Mahathir jadi PM selama 22 tahun, tiada kunjungan rasmi sebegitu dari pemimpin diraja Arab Saudi ke Malaysia.

Dalam catatan melalui akaun Twitternya, Najib berkata beliau tidak sabar untuk menyambut ketibaan Raja Salman.

Perdana Menteri berkata kali terakhir beliau bertemu Raja Salman ialah pada Mac tahun lepas di Riyadh dan amat berterima kasih atas layanan yang diberi kepada beliau.

Kunjungan Raja Salman ini memadam segala persepsi negatif yang dilempar oleh Mahathir. Sudah sudahlah Mahathir. Terimalah hakikat RM2.6 billion itu adalah duit derma dari Arab Saudi.

Terimalah hakikat itu seperti mana Mahathir juga menerima habuan dari taikun taikun Cina untuk kerja politiknya.

Tulisan :
Beruang Biru
BB303, Isnin
27 Februari 2017

No comments:

Post a Comment