Monday 12 December 2016

UMNO mahu rakan komponen bekerjasama kembali rampas Pulau Pinang


Umno memerlukan kerjasama erat dari rakan komponennya, MCA dan Gerakan dalam usaha untuk merampas kembali Pulau Pinang dari tangan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Majlis Tertingginya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Umno berdepan cabaran besar di negeri itu ekoran golongan Melayu di sana bukan majoriti seperti negeri-negeri lain.

"Umno bersendirian memang tidak akan cukup. Umno memerlukan gabungan bantuan yang kuat oleh MCA dan Gerakan dalam gelombang yang sama Umno buat. Kerja bergandingan bahu," katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.

Menurut Reezal Merican, meskipun berdepan cabaran ekoran kaum Melayu di Pulau Pinang hanya kaum minoriti namun Umno tidak pernah gagal secara mutlak dalam mencapai hasrat untuk mengekalkan kuasa BN dan perkara itu telah buktikan.

"Sudah tentu Umno Pulau Pinang kita berada dalam keadaan yang mempunyai cabaran begitu besar berbanding negeri lain kerana kita berada di negeri yang golongan Melayu adalah minoriti.

"Umno hanya bertanding 15 kerusi jadi KPI Umno ialah untuk menang kesemua kerusi dan kali ini (PRU13) kita menang 10. Dua pertiga daripada 15 kerusi yang kita sasarkan, kita menang. Tapi daripada lima Parlimen kita tanding, tiga kita menang," katanya.

Dalam pilihan raya lalu, Pulau Pinang mempunyai 13 kerusi Parlimen dan 40 Dun di mana sebahagian besarnya menjadi kerusi panas mengakibatkan berlaku pertembungan sengit antara calon.-SH

No comments:

Post a Comment