Saturday, 17 December 2016

Tanah Tebus Guna - Sekali Lagi Kerajaan Dap P.Pinang Beri Angka Mengelirukan


GEORGE TOWN,  – Gerakan Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri pimpinan Dap supaya mengumumkan saiz sebenar keluasan tanah yang ditebus guna bagi Seri Tanjung Pinang 2 (STP2).
Menurut jurucakapnya, Ooi Zhi Yi, berdasarkan angka yang dinyatakan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan E&O Berhad tahun lepas, keseluruhan saiz tanah yang ditebus guna adalah melebihi 360 hektar (891 ekar).
Bagaimanapun, pada persidangan dewan undangan negeri sebelum ini, pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Lim Hock Seng menyatakan saiz tanah yang ditebus guna dalam STP2 ialah kira-kira 343 hektar (850 ekar).
“Kenyataan Hock Seng itu berbeza dengan yang diumumkan Guan Eng dan E&O.
“Kami ingin tahu, berapakah keluasan sebenar kawasan yang ditebus guna itu,”
katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut kiraan Gerakan, 41 ekar yang hilang itu bernilai RM2.32 bilion kerana harga tanah yang ditebus guna ditetapkan kerajaan negeri pada kadar
RM1,300 sekaki persegi.
Ooi berkata sekiranya berlaku perubahan daripada pelan asal, Penilaian Terperinci Kesan Alam Sekitar (DEIA) baharu perlu dibuat kerana kawasan yang ditebus guna kini lebih kecil.



No comments:

Post a Comment