Saturday, 17 December 2016

STP2 - Lagi Angka Mengelirukan Dari Kerajaan DAP Pulau Pinang


Semakin mengelirukan dan semakin kusut nampaknya usaha-usaha kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya yang melibatkan pembangunan.Seperti semua sedia maklum dasar dan polisi kerajaan DAP Pulau Pinang dalam hal seumpama ini sebenarnya banyak yang menimbulkan persoalan dan ianya semakin lama semakin menjadi-jadi.

Selain daripada isu yang kini membelenggu kedudukan ketua menteri dan pelan berkaitan PTMP yang kini menjadi persoalan banyak pihak , sekali lagi perancangan kerajaan DAP Pulau Pinang dipersoalkan.

Projek Seri Tanjung Pinang 2 (STP2)

Gerakan Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri pimpinan DAP supaya mengumumkan saiz sebenar keluasan tanah yang ditebus guna bagi Seri Tanjung Pinang 2 (STP2).

Menurut jurucakapnya, Ooi Zhi Yi, berdasarkan angka yang dinyatakan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan E&O Berhad tahun lepas, keseluruhan saiz tanah yang ditebus guna adalah melebihi 360 hektar (891 ekar).

Bagaimanapun, pada persidangan dewan undangan negeri sebelum ini, pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Lim Hock Seng menyatakan saiz tanah yang ditebus guna dalam STP2 ialah kira-kira 343 hektar (850 ekar).

“Kenyataan Hock Seng itu berbeza dengan yang diumumkan Guan Eng dan E&O.

“Kami ingin tahu, berapakah keluasan sebenar kawasan yang ditebus guna itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut kiraan Gerakan, 41 ekar yang hilang itu bernilai RM2.32 bilion kerana harga tanah yang ditebus guna ditetapkan kerajaan negeri pada kadar RM1,300 sekaki persegi.

Ooi berkata sekiranya berlaku perubahan daripada pelan asal, Penilaian Terperinci Kesan Alam Sekitar (DEIA) baharu perlu dibuat kerana kawasan yang ditebus guna kini lebih kecil.

Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat begitu rakus untuk membangunkan Pulau Pinang dengan pelbagai projek-projek mega dan persoalan yang kini menjadi keresahan warganya , apakah projek-projek ini merupakan projek kerajaan negeri tanpa memerlukan pinjaman daripada pihak-pihak tertentu ?

Atau adakah projek-projek ini punya perjanjian dengan syarikat-syarikat terlibat contohnya kerajaan negeri akan menggadaikan pemilikan tanah-tanah atau kawasan tertentu sebagai syarat usaha sama ?

Kerasahan ini ada asasnya memandangkan sebelum ini dalam isu membabitkan pembinaan terowong , kerajaan negeri sudah pun menggadaikan RM305 juta wang rakyat hanya untuk kerja-kerja mengkaji kebolehlaksanaan pembinaannya yang sehingga kini masih menjadi misteri kepada banyak pihak.

No comments:

Post a Comment