Friday, 16 December 2016

Staff UiTM Pulau Pinang didakwa buat tuntutan palsu

Seorang bekas kakitangan sebuah institusi pengajian tinggi awam(IPTA) di Permatang Pauh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengemukakan tuntutan palsu bagi penilaian kerja pemasangan peralatan gimnasium oleh sebuah syarikat pada Mei tahun lepas.

Tertuduh, Ariff Hashim,47, yang merupakan bekas Ketua Unit Sukan UiTM Pulau Pinang itu didakwa memperdayakan Pembantu Tadbir Kewangan Kanan UiTM Pulau Pinang dengan membuat pernyataan palsu berhubung kerja membuka dan memasang peralatan Gimnasium Perdana ke Bangunan Zamrud oleh Syarikat Terusan Abadi dengan jumlah RM2 500 di Pejabat Unit Sukan UiTM Pulau Pinang.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut pada Mei tahun lepas.

Tertuduh pada mulanya mengaku bersalah apabila pertuduhan tersebut dibacakan kali pertama, bagaimanapun tertuduh kemudiannya menukar pengakuan kepada tidak bersalah setelah mahkamah berhenti rehat.
Tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Sitarun Nisa Abdul Aziz.
Prosiding kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Ghazali Muhamad Nazri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang berkhidmat sebagai Ketua Unit Sukan UiTM Pulau Pinang pada waktu itu, didakwa memperdayakan Pembantu Tadbir Kewangan Kanan UiTM Pulau Pinang dengan membuat pernyataan palsu berhubung kerja membuka dan memasang peralatan Gimnasium Perdana ke Bangunan Zamrud oleh Syarikat Terusan Abadi dengan jumlah RM2 500 di Pejabat Unit Sukan UiTM Pulau Pinang pada Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 dan boleh dihukum mengikut Sesyen 24 akta sama.
Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz  kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM8 000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 16 Januari depan untuk sebutan semula kes.

SH

No comments:

Post a Comment