Tuesday 6 December 2016

Siasatan balistik: Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ditutup


Sebahagian lebuh raya Tun Dr Lim Choong Eu menghala ke Jambatan Pulau Pinang di sini akan ditutup esok, mulai 10.30 pagi hingga 5 petang.
Jurucakap Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang berkata jalan yang terlibat ialah persimpangan jalan Ahmad Nor ke susur masuk jambatan.
Katanya, penutupan itu adalah bagi tujuan siasatan forensik balistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lokasi kejadian kes bunuh yang berlaku pada 1 Disember lepas.

“Pohon kerjasama semua pengguna jalan raya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
“Gunakan jalan alternatif yang disediakan dan ikuti arahan pegawai polis yang bertugas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai diminta menggunakan perkhidmatan feri atau jambatan kedua (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) atau menggunakan laluan dari arah jalan Sultan Azlan Shah atau Lebuhraya Sungai Nibong menghala ke jambatan pertama Pulau Pinang untuk ke tanah besar.
Kenderaan dari arah pusat bandar ke jambatan akan terus dilencongkan ke Bayan Lepas, Gelugor mulai 2 petang hingga 5 petang.
Laluan akan dibuka sepenuhnya pada 5 petang.

No comments:

Post a Comment