Tuesday, 6 December 2016

PERGUNA NAMA NABI SAW TAKTIK KOTOR PEMBANGKANG DEMI KEPENTINGAN POLITIK


KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PEMUDA UMNO PULAU PINANG

PERGUNA NAMA NABI SAW TAKTIK KOTOR PEMBANGKANG DEMI  KEPENTINGAN POLITIK      

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang hari ini kesal dan terkejut di atas sikap bekas pemimpin negara Tun Dr Mahathir yang secara sambil lewa menggunakan serta mempersenda Nabi Muhammad SAW dalam Kovensyen Kebangsaaan DAP baru baru ini.

Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang melihat perbuatan tersebut sangat tidak wajar dan tidak patut datang dari seorang bekas pemimpin terutama sekali dari orang Islam sendiri demi kelangsungan dan kepentingan politik serta agenda peribadi.

Tindakan biadap ini tidak boleh di terima kerana agama Islam menuntut umatnya untuk menghormati dan menjunjung keperibadian pesuruh Allah, Nabi Muhammad S.A.W. dan bukannya memperlekeh atau cuba menjadikan Baginda sebagai mainan politik.

Sebagai umat Islam, analogi bandingan akan sifat, situasi, perbuatan dan keperibadian Nabi SAW tidak sepatutnya dicampur-aduk dalam kancah politik dan perkara ini sangat ditegah dalam agama Islam.

Janganlah kerana terlalu taksub berpolitik dan dirasuk dengan dendam kesumat, beliau yang selama ini menjadi idola rakyat lupa akan batas agama.

Cukup-cukuplah selama ini pembangkang khususnya Dap memperkotak-katikkan agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Seharusnya, selaku mantan perdana menteri, bleiau seharusnya mendaulatkan agama Islam kerana beliau juga merupakan seorang individu yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Tun Mahathir sepatutnya sedar, perbandingan yang dibuat ini telah menganggu-gugat institusi agama Islam dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan oleh itu, Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang menuntut Tun Dr Mahathir supaya meminta maaf atau berdepan tindakan undang-undang (laporan polis dll).

Sekian.

Rafizal Abdul Rahim

No comments:

Post a Comment