Thursday 15 December 2016

Muhyiddin Yassin Kantoi Berbohong Kononnya Gambar PM Najib Razak Telah Diturunkan Di Milan World Expo 2015.

Rupa-rupanya orang yang kehilangan jawatan dan kedudukan seperti Muhyiddin Yassin akan menghadapi delusi yang sangat kronik. Walaupun di bibir mengatakan kononnya dia dibuang dan diterajang keluar kerana memperjuangkan kebenaran dan rakyat, hakikatnya pembohongan tidak boleh ditutup pada setiap masa kerana akhirnya Allah Taala jugalah yang membuka pembohongan tersebut.

Ceramah-ceramahnya masa kini tidak lebih daripada nostalgianya semata-mata. Dan seperti orang lain yang bernostalgia setelah kehilangan jawatan dan kedudukan, Muhyiddin Yassin hanya mampu mencari salah orang lain tanpa mahu mengaku kesalahan dan kesilapan serta kegagalan percaturan politiknya.

Terbaru, dalam KiniTV, Muhyiddin Yassin cuba menimbulkan kegemparan kononnya, gambar Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak telah diturunkan semasa pembukaan Malaysia Pavillion yang bertempat di Milan World Expo 2015. Kononnya, Najib telah memalukan Malaysia. Jadi, gambarnya perlu diturunkan kerana hanya akan memalukan Malaysia.

Hari ini MATRADE seperti gambar dibawah telah mengeluarkan kenyataan media yang menerangkan bahawa Muhyiddin Yassin adalah seorang pembohong dan pembuat fitnah. Bahkan MATRADE mengesahkan semua pihak yang terlibat di dalam mengendalikan Malaysia Pavillion telah menafikan bahawa gambar Perdana Menteri telah diturunkan pada bila-bila masa.

Terdesak sungguh dah si Muhyiddin Yassin yang tidak melihat sebarang cahaya lagi untuk kerjaya politiknya!!! Ternyata, Muhyiddin Yassin cuba mengantikan tempat Harith Iskandar sebagai juara 'Funniest Person In The World 2016' atau mengantikan tempat Rafizi Ramli sebagai Raja Bergurau.


No comments:

Post a Comment