Friday, 16 December 2016
Kemerosotan pelabur ke Pulau Pinang membimbangkan
GEORGETOWN: Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang (MTPPP) bimbang dengan kemerosotan jumlah pelaburan yang dicatat negeri ini berbanding tahun lalu. Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata dari Januari hingga September lalu, nilai pelaburan yang dicatat negeri ini hanya RM3.9 bilion, merangkumi RM2.9 bilion pelaburan asing dan RM963 juta pelaburan domestik.
Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan RM1.5 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu dengan catatan pelaburan mencecah RM5.4 bilion. "Kita mahu Kerajaan DAP Pulau Pinang melipatgandakan usaha termasuk bekerjasama dengan pelbagai pihak menarik pelabur ke negeri ini demi pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang,''
Dalam perkembangan lain, Zainal Abidin mendesak Kerajaan DAP Pulau Pinang menjelaskan kos sebenar Pelan Induk Pengangkutan (PIP) yang dikatakan mencecah RM46 bilion berbanding RM27 bilion sebelum ini. Beliau berkata, kerajaan negeri wajar memberi penjelasan berhubung perkara itu kerana berlaku kenaikan RM19 bilion yang pastinya akan membebankan rakyat untuk jangka panjang.
"Keadaan ini mengelirukan rakyat dan kita tertanya-tanya kos sebenar PIP. Rakyat Pulau Pinang perlukan penjelasan untuk memastikan kenaikan kos tidak membebankan penduduk pada masa depan, terutama selepas projek dilaksanakan," katanya.
Berita Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment