Thursday 1 December 2016

Jurukamera RTM parah ditembak


Seorang jurukamera sambilan RTM dilaporkan cedera parah di bahu kiri akibat ditembak individu tidak dikenali berdekatan Pusat Komersial E-Gate, di sini, petang tadi.

  Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 petang itu, mangsa Mohamad Amirul Amin Amir, 27, dipercayai sedang menaiki motosikal bersama seorang rakannya menuju ke Tapak Pesta Pulau Pinang.

  Bagaimanapun, kedua-duanya menghentikan motosikal berhampiran Pusat Komersial E-Gate kerana mahu melihat kemalangan, sebelum mangsa ditembak seorang individu tidak dikenali.

  Mohamad Amirul kini berada di Wad Kecemasan Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut.-Bernama

No comments:

Post a Comment